Wednesday 26 February 2014

Cara-cara Meningkatkan Disiplin Di Kalangan Pelajar

Masalah kemerosotan disiplin di kalangan pelajar merupakan masalah yang rumit. Hal ini berpunca daripada sikap sesetengah ibu-bapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak mereka kerana terlalu sibuk bekerja. Akibatnya anak-anak yang diabaikan ini menjadi liar kerana tidak mendapat kawalan daripada ibu-bapa mereka. 

Ibu-bapa juga harus memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Didikan agama ini penting kepada para pelajar kerana mereka masih mentah dan mudah terpengaruh dengan gejala-gejala yang tidak elok.

Guru-guru di sekolah juga perlu mengawasi pelajar-pelajar agar mereka tidak terpengaruh dengan gejala-gejala sosial yang tidak elok. Ini adalah kerana guru-guru ibarat ibu-bapa kepada pelajar-pelajar semasa mereka berada di sekolah. 

Guru-guru harus mengambil tindakan dengan mengetatkan peraturan yang sedia ada. Mereka harus menghukum pelajar-pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Ini bertujuan untuk membuatkan pelajar ini insaf dan tidak lagi melanggar disiplin. 

Media juga memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan disiplin para pelajar. Media boleh mengadakan iklan “kempen masalah keserosotan disiplin pelajar” dan menerapkan nilai-nilai murni agar pelajar tidak terlibat dalam masalah disiplin. Ini mungkin boleh menimbulkan kesedaran di hati para pelajar.   

No comments:

Post a Comment