VISI
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015.
MISI
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
* Menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan berkesan.
* Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek(IQ), emosi yang tinggi(EQ) dan berakhlak
mulia(SQ).
* Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
* Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan
kaunseling.
* Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
* Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid.
FALSAFAH
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.
No comments:
Post a Comment