Friday 12 June 2015

Tips Minat Matematik

1. Wujudkan minat dalam matematik walaupun tak
pandai

2. Kena Buat Banyak latihan. Matematik adalah latihan
dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik
adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk
menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang
belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya
berjaya menguasai matematik kerana saya buat latihan.
Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin
cekap.

3. Kena Displin. Matematik adalah matapelajaran yang
memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik
tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa
yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk
menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih
menjawab soalan matematik, catat masa yang anda
ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit
untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu,
maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat
mungkin.

4. Hafal Sifir. Perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar
yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan
lima yang di uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan
mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu
ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja
untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi,
menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan
cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin
kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana
tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat
mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga
dalam sifir.

5. Azam yang kuat untuk Berjaya dan menguasai
matematik. Matematik ialah subjek yang seronok apabila
anda minat dan mula menguasai. Anda akan puas hati
dan paling gembira apabila Berjaya selesai masalah.

Siapa yang pandai matematik ia adalah pintar, Bukan
sahaja bidang matematik sahaja tetapi bidang atau
subjek lain, jika ia pandai matematik.

No comments:

Post a Comment