Saturday 30 August 2014

Rahsia Kejayaan

Ada seorang budak lelaki yang ingin mencari rahsia kejayaan. Suatu hari dia pergi menemui seorang pendita yang tinggal di sebuah gunung.
Ketika bertemu dengan lelaki tersebut di pondoknya, dia bertanya, “Wahai pendita, bolehkah ceritakan padaku rahsia untuk berjaya dalam kehidupan?”
Pendita diam sejenak dan selepas beberapa saat, beliau membawa anak muda itu ke sungai terdekat. Mereka terus berjalan ke dalam sungai sampai kepala budak itu tenggelam sepenuhnya di dalam air. Anak itu bergelut untuk mengekalkan kepalanya di atas air. Menghairankan, pendita itu tidak membantu dia. Sebaliknya, beliau menekan kepala budak itu ke dalam air. Setelah beberapa minit pendita menarik keluar budak lelaki dari air dan mereka mula berjalan kembali ke pondok.
Di pondok pendita bertanya kepada budak itu apa yang paling dikehendaki beliau ketika kepalanya terendam dalam air.
Anak muda itu dengan cepat menjawab, “Tentu saja, aku ingin bernafas, orang tua bodoh!”
Pendita membalas, “Nak, jika anda inginkan kejayaan sebanyak yang anda ingin bernafas, maka anda akan menemukan rahsia kejayaan sebenar.”
Prinsip Kejayaan
Kejayaan adalah satu pilihan. Jika kita mempunyai alasan yang cukup kuat untuk berjaya, tidak ada yang tidak boleh kita lakukan. Setelah kita mempunyai alasan untuk melakukan sesuatu, kita pasti akan menemukan cara untuk melakukannya. Keinginan saja tidak akan membuat sesuatu terjadi. Ia adalah keinginan membara yang berubah menjadi obsesi yang akan menghasilkan tenaga untuk membawa anda mencapai apa pun matlamat yang anda inginkan.

No comments:

Post a Comment