Sunday 19 October 2014

10 Cara mengatasi Masalah MALAS

Nasihat Dari: Abg. Joe – Bijak Study

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Ada seorang parent mengadu kepada Abg. Joe
tentang sifat anaknya yang pemalas. Malas belajar,
malas buat kerja sekolah, malas buat ulangkaji,
bahkan nak solat pun malas. Sifat malas memang
penyakit yang sangat kronik dan sukar diubati.
Kalau adik-adik ada sifat ini, bermakna adik-adik
mempunyai satu masalah yang serius. Tapi jangan
risau kerana sifat malas ini boleh diatasi. Cuba lihat
tips-tips yang Abg. Joe kongsikan di bawah ini:

1. Amalkan doa mengelak diri dari malas
2. Ingat sasaran dan matlamat diri anda
3. Teknik 10 Minit Aje
4. Banyak membaca bahan motivasi
5. Susun dan mudahkan jadual anda
6. Rehat dan tidur yang cukup
7. Bersenam dan beriadah
8. Berkawan dengan orang yang positif
9. Amalkan teknik pernafasan
10. Suarakan moto anda
Ada satu doa dalam Al Ma’thurat yang bertujuan
untuk menghindarkan diri kita dari sifat lemah dan
malas. Abg. Joe cuba search doa tersebut dalam
Google tapi setakat ini belum terjumpa lagi. Kalau
adik-adik ada terjumpa, kongsi-kongsikanlah di sini.
Sebenarnya adik-adik, apabila kita berdoa kepada
Allah (S.W.T), itu menunjukkan bahawa kita
memang bersungguh-sungguh untuk berubah. Doa
dan kesungguhan itulah yang akhirnya akan
menggerakkan seluruh tubuh badan kita untuk
berubah menjadi rajin.
Contohnya jika adik-adik rasa malas ke sekolah di
waktu pagi, adik-adik akan terfikir bahawa selepas
solat subuh tadi adik-adik baru sahaja berdoa
supaya terhindar dari sifat malas. Jadi secara
automatik, adik-adik akan membuang segala
perasaan malas adik-adik.

No comments:

Post a Comment