Sunday 19 October 2014

MOTIVASI DIRI - 20 Cara Membina Personaliti Positif

1. Mulakan Hari Anda Secara Positif

● Mulakan hari anda dengan
memberi senyuman kepada diri sendiri,
mendoakan diri
sendiri, ahli keluarga dan orang
lain.

● Berikan input positif (kata-kata
dorongan) kepada diri sendiri.

2. Pamerkan Penampilan Positif

● Kekemasan diri - tampil bersih,
kemas dan bergaya.

● Selalu memberikan senyuman -
perwatakan ceria.

● Menyapa orang dengan ikhlas -
bina hubungan kemanusiaan.

● Menghormati orang lain - sifat
yang dihormati.

● Suka memberi pertolongan - Sikap
ringat tulang.

3. Bina Disiplin Diri Yang Tinggi

● Laksanakan tugas dengan betul,
menepati masa, mematuhi peraturan,
menjaga
kebersihan, menjaga keselamatan
dan menghindari gosip tempat kerja.

4. Hapuskan Budaya Mencari Alasan

● Anggap semua alasan menjadi
penghalang kepada kejayaan.

● Hapuskan juga budaya memberi
sebab kepada alasan.

5. Hapuskan Budaya Takut Membuat
Salah

● Hapuskan juga budaya
menyorokkan kesilapan.

● Walaupun manusia belajar dari
kesilapan, tetapi jangan anggap
membuat kesalahan
sebagai satu kelebihan.

6. Ambil Risiko

● Masa depan adalah kepunyaan
mereka yang berani mengambil risiko.

7. Merancang Kerja

● Rancang apa yang perlu
dilakukan, tempuh kerja dan peralatan
yang diperlukan.

8. Susun Keutamaan Tugas

● Susun keutamaan berpandukan
keutamaan kepentingan dan keperluan
semasa dan
harus selalu semak dan buat
susun-atur keutamaan dari masa
kesemasa.

9. Jangan Tangguhkan Kerja

● Anggap penangguhan kerja akan
menjadikan anda orang yang malas.

10. Tingkatkan Tahap Toleransi Diri

● Walau dimana anda berada, anda
pasti akan berhadapan dengan orang
yang memiliki
pelbagai kepercayaan dan tingkah
laku.

● Meningkatkan tahap toleransi diri
merupakan jalan terbaik untuk
berhadapan dengan
pelbagai orang.

11. Membina Inisiatif

● Laksanakan tugas tanpa disuruh.

● Laksanakan tugas yang berkualiti
walaupun tanpa pengawasan pihak lain.

12. Berikan Komitmen Kepada Tugas

● Tumpukan perhatian kepada apa
yang mahu dilakukan, kaedah yang
dipilih dan tempuh
yang ditetapkan.

● Anggarkan juga apakah halangan
dan kesukaran yang akan ditempuh.

● Buat persediaan untuk menempuh
segala situasi.

13. Sesuaikan Diri Kepada Perubahan

● Perubahan harus didampingi
bukan dijauhi.

● Kenalpasti perubahan yang bakal
ditempuh sebelum mendekainya.

● Rancang cara menyesuaikan diri
dengan menggunakan kelebihan yang
dimiliki.

14. Fokus Kepada Kekuatan Diri

● Kebanyakkan perkara buruk yang
anda fikirkan berkaitan diri sendiri
sebenarnya
tidaklah seburuk mana, ia lebih
berkaitan kelemahan yang boleh diatasi.

15. Fokus Kepada Keputusan
● Berfikir mengenai kesulitan akan
menggugat kekuatan diri.

● Fokuskan kepada proses dan
keputusan yang dimahukan dan jangan
selalu fikirkan
kesulitan.

16. Kawal Prestasi Kerja

● Buat pengawasan kerja dari masa
kesemasa.

● Dapatkan pandangan dan nasihat
orang lain.

● Soal diri sendiri apa yang masih
belum dilakukan, bagaimana untuk
lakukan dengan
lebih berkesan, perkara yang boleh
meningkatkan kualiti kerja dan perkara
lain yang
boleh dijadikan pengukur prestasi
kerja anda.

17. Cipta dan Gunakan Peluang
● Peluang selalunya tidak datang
kepada anda dengan sendirinya.

● Anda harus mencipta peluang itu
sendiri, kerana peluang ada dimana-
mana.

● Gunakan peluang sebaik mungkin
kerana tidak semua orang mendapat
peluang.

18. Uruskan Kemarahan

● Kemarahan yang tidak terkawal
boleh memberi kesan buruk kepada
personaliti dan
kerjaya.

● Hindari orang atau suasana yang
boleh meransang kmarahan anda.

● Diamkan diri semasa anda marah,
dan bercakap hanya selepas anda
berjaya
mengawal kemarahan anda.

● Tingkatkan kekuatan diri untuk
memaafkan dan melupakan.

19. Uruskan Stres

● Stres adalah kehidupan dan
kehidupan adalah stres.

● Libatkan diri dengan aktiviti sukan
dan rekreasi.

● Rancangkan penggunaan masa
secara efektif.

● Amalkan sikap bertolak ansur.

● Belajar cara menguruskan stres
dari pelbagai aspek.

20. Belajar dan Terus Belajar
● Jadikan belajar secara berterusan
sebagai agenda penting dalam
kehidupan.

No comments:

Post a Comment