Tuesday 10 June 2014

Bagaimana Mengenal Diri dan Mengetahui Potensi Diri yang Sebenar?

Kekuatan. Diiktiraf sebagai energi yang
berkuasa dalam diri. Dengan memiliki kekuatan,
kita dapat menakluk diri dan mencapai apa jua
impian yang kita idamkan.
Seorang rakan hebat di Facebook, Tuan Rizal
bertanya,
“Bagaimana untuk kita mengetahui kekuatan
diri?”
Pertama-tama, kesedaran terhadap kekuatan
diri itu lebih penting. Apabila kita sedar fungsi
kekuatan diri dalam kehidupan seharian , maka
kita akan mengelakkan diri daripada membuang
masa untuk memperbaiki kelemahan.
Kerana kelemahan itu boleh dipindahkan kepada
mereka yang lebih berhak. Manakala kekuatan
itu adalah aset diri kita. Manusia yang hebat
adalah manusia yang bijak dalam memahami
dan menggunakan kekuatan diri dalam
kehidupan seharian.
Menggunakan kekuatan diri dalam kehidupan
seharian adalah kunci kebahagiaan. Apabila kita
menggunakan kekuatan, masa yang berlalu itu
terlalu sekejap rasanya. Misalnya, manusia
yang mempunyai kekuatan diri untuk menulis
beribu-ribu patah perkataan, tidak akan jemu
untuk terus menulis.
Begitu hebat impaknya apabila kita mengenali
kekuatan diri . Justeru itu, artikel ini akan
menghimpunkan kajian dan pengalaman untuk
kita mengenal pasti, unsur-unsur yang dapat
membawa kita kepada nikmat kebahagiaan
dalam kehidupan iaitu…
Mengenali kekuatan dan potensi diri sendiri.
3 Perkara Asas Untuk Mengenali
Kekuatan dan Potensi Diri
Steve Pavlina, penulis blog yang terkenal dalam
bidang motivasi dalaman menyatakan, terdapat
3 perkara asas yang boleh kita gunakan, untuk
mengenali kekuatan dan potensi diri iaitu:

1. Apa yang kita suka lakukan?
2. Apa yang kita suka baca?
3. Keadaan sekeliling yang memotivasikan diri.
#1 – Apa yang Kita Suka Lakukan?
Apabila kita mempunyai masa lapang, apakah
perkara yang akan kita lakukan? Aktiviti ini
biasanya adalah kekuatan diri yang kita tidak
sedari. Kerana ia bersifat natural. Dalam
psikologi manusia, kita jarang-jarang sedar
tentang perkara yang kita lakukan secara tidak
sengaja.
Sebagai contoh, saya seorang yang suka
menulis mengenai buku-buku atau artikel yang
saya baca ketika punya masa lapang. Aktiviti
menulis ini boleh dikatakan sebagai salah satu
kekuatan dan potensi yang ada dalam diri.
Setiap manusia mempunyai aktiviti yang
berbeza ketika masa lapang. Ia boleh digunakan
untuk mengetahui kekuatan diri kita yang
tersembunyi.
#2 – Apa yang Kita Suka Baca?
Lihat kembali modal bacaan kita. Adakah kita
banyak melaburkan duit untuk membeli buku-
buku yang berkaitan dengan masakan? Menurut
kajian, buku yang kita beli mencerminkan
kemampuan diri kita.
Pernahkah kita menghadapi situasi seronok
membaca buku yang dibeli? Adakah ketika itu
kita tidak rasa dipaksa untuk membeli buku itu?
Apabila situasi ini berlaku pada diri, maka itu
merupakan petunjuk di mana kita mempunyai
kekuatan dalam buku yang kita baca.
Contohnya, seorang yang membaca buku
memasak kekuatannya cenderung kepada
masakan, atau menginovasikan idea masakan
mengikut acuan sendiri.
#3 – Keadaan Sekeliling yang Memotivasikan
Diri
Situasi ini berlaku pada diri saya sendiri.
Apabila saya melihat paparan iklan, artikel atau
apa-apa material yang berkaitan dengan tip
penulisan (seminar / bengkel / dan sebagainya),
saya akan rasa seronok dan ingin
menghadirinya.
Situasi yang memotivasikan kita dapat
menonjolkan kekuatan diri. Apabila kita
berminat untuk menghadiri seminar penulisan,
ini bermakna kita mempunyai kekuatan untuk
menjadi seorang penulis.
Justeru itu, lihat pada situasi atau momen yang
meledakkan estim diri. Dari situ, kita dapat
kenal pasti kekuatan diri sendiri .
Apakah Hasil Daripada 3 Cara Asas
Ini?
Proses memahami adalah bertindak. Setelah
kalian membaca artikel ini dan bertindak untuk
belajar, apakah hasil yang diperoleh?
Mohon kongsikan menerusi ruangan komen di
bawah.
Jika kurang jelas dan perlukan pertolongan
lanjut, ajukan soalan pada ruangan komen di
bawah. Saya dan para pembaca lain akan cuba
membantu.
Mengenali potensi dan kekuatan diri dapat
menjadikan kita individu yang hebat. Malah ia
dapat membantu kita berdakwah dengan cara
yang lebih efektif dan produktif.

No comments:

Post a Comment