Tuesday 24 June 2014

Belajar Teknik Komunikasi Ini Supaya Anda Kelihatan Hebat

Jika mengikut definisi Wikipedia,
komunikasi bermaksud:

Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai
“satu proses perpindahan maklumat,
perasaan, idea, dan fikiran seseorang
individu kepada individu atau
sekumpulan individu yang lain”. Ia
merupakan proses interaksi yang
bererti antara hidupan dan
merangkumi kedua-dua:
Perbuatan menghantar
matklumat; dan
Proses untuk bertukar-tukar
maksud;
supaya dapat menghasilkan
pemahaman. Komunikasi boleh
mengambil bentuk, baik secara lisan
mahupun tidak, misalnya bahasa
gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan,
hubungan mata, dan penulisan.
Komunikasi ialah satu proses
memberi dan menerima pendapat
serta informasi. Ia memerlukan kita
berfikir dan juga kesungguhan kita
untuk berinteraksi secara berkesan.
Komunikasi sangat penting dalam
menyampaikan mesej yang berguna
untuk ditafsir oleh otak manusia dan
akan bertindak balas dari mesej
yang diterima. Contohnya ialah
lampu trafik, adalah salah satu
medium komunikasi memberitahu
kepada pengguna jalan raya. agar
bertindak balas secara refleks. Kalau
lampu hijau tandanya jalan, kuning
untuk perlahankan kenderaan dan
merah untuk berhenti.
Komunikasi yang baik dan lancar
amat diperlukan apatah lagi di dalam
bidang perniagaan. Dalam apa jua
bentuk perniagaan atau pekerjaan,
komunikasi amat diperlukan.
Komunikasi di antara pengusaha dan
pelanggan, sesama rakan, tetamu
atau sesiapa saja tidak dapat
dielakkan.
Komunikasi tidak bermakna kita
harus pandai bercakap. Dalam
blogging juga kita berkomunikasi.
Bayangkan jika anda hendak
berkomunikasi dalam dunia offline ,
sudah pasti anda hanya boleh
bercakap dengan seorang sahaja
dalam satu masa. Tetapi tidak pada
blog, di mana jumlah pembaca yang
akan membaca anda menjadi
subjektif. Kadang-kala 100, 1,000
mahupun 1,0000.
Namun begitu, bagaimana untuk
melatih diri kita semua supaya dapat
berkomunikasi dengan lebih baik?
Latihan yang berterusan adalah asas
bagi anda yang mahu meningkatkan
kemahiran komunikasi. Ia tidak akan
berhasil jika anda sekadar membaca
buku, melihat teori dan juga
mendengar nasihat orang lain
melainkan anda sendiri
melakukannya.
Latihan komunikasi boleh
dibahagikan seperti berikut:
Sentiasa berborak dengan rakan-
rakan anda
Pilih satu topik utama dan cuba
luangkan masa untuk bercakap
mengenainya
Lakukan kajian secara terperinci
terhadap topik yang anda ingin
bualkan
Jangan takut untuk lakukan
kesilapan
Bagi menghilangkan gagap atau
‘blur’, sentiasa bercakap dengan
rakan rapat atau keluarga bagi
membiasakan diri
Berkomunikasi adalah perkara yang
kita semua lakukan dalam seharian.
Tajuk komunikasi memberi makna
yang sungguh luas mengikut skop di
mana ia diperkatakan. Kita semua
tidak lari untuk berkomunikasi di
rumah / sekolah / pejabat / pasar /
tempat awam dan dalam segala
aktiviti yang dilakukan seharian.
Teknologi internet memberikan
peluang kepada orang ramai untuk
dapat berkomunikasi dengan lebih
luas tanpa mengira sempadan.
Komunikasi sungguh penting apabila
anda menggerakkan sesuatu
organisasi sebagai contoh jika anda
sendiri adalah peneraju dalam
sesebuah syarikat. Bukan sahaja
bahasa komunikasi adalah penting,
Malah banyak lagi perkara yang
berkaitan komunikasi perlu diambil
berat dalam menajamkan kemahiran
ini. Perkara yang hendak
disampaikan, tujuan penyampaian
perkara ini, situasi semasa
penyampaian, cara yang hendak
disampaikan, baik buruk yang perlu
dipertimbangkan untuk menyampai
dan keikhlasan untuk menyampaikan
bagi kebaikan semua.
Kita perlu menjadikan komunikasi
sebagai salah satu alat yang
menyalurkan maklumat penting dan
terperinci kepada semua lapisan
dalam struktur syarikat anda. Ia
sangat penting sebagai penggerak
kepada motivasi pekerja untuk
meningkatkan produktiviti syarikat.
Mengelakkan konflik disebabkan
salah faham akibat komunikasi perlu
ditangani dengan sentiasa
melakukan komunikasi yang baik
dengan rakan niaga / tenaga
sokongan syarikat. Kedua belah
pihak perlu mengambil sikap tolak
ansur bagi menyelesaikan sesuatu
masalah semasa melakukan
komunikasi.

Tidak dinafikan kejayaan sesebuah
perniagaan adalah datang daripada
kemahiran peneraju yang berjaya
menyampaikan komunikasi dengan
jaya kepada pelanggan / rakan niaga
dan pekerja bawahannya sendiri. Dia
berjaya menarik aura diri dengan
cara berkomunikasi yang mampu
menawan dan menyenangkan hati si
pendengar untuk mematuhi atau
“membeli” idea buah fikiran anda.
Kemahiran ini perlu ada bagi anda
sebagai usahawan. Dan anda tidak
perlu risau untuk memikirkan bahawa
ini adalah terlalu besar kepada anda.

Mulakan latihan berkomunikasi
dengan baik kepada rakan sekeliling
anda. Perbaiki sedikit demi sedikit
kelemahan yang ada. Ingat
kemahiran bukan dilahirkan tetapi ia
diasuh sedikit demi sedikit sehingga
mencapai puncak yang cemerlang.
Lihat sahaja mereka yang berjaya
dalam perniagaan, dalam negara
ataupun luar negara, pastinya
mereka tergolong daripada mereka
yang hebat berkomunikasi. Donald
Trump, Oprah Winfrey, Bill Gates,
Tony Fernandez, Ananda Krishnan
dan ramai lagi adalah mereka yang
hebat berkomunikasi! Dan mereka
menggunakan tiga strategi
komunikasi efektif ini :

Rahsia #1: Keghairahan
Keghairahan, minat yang mendalam
dan cinta pada sesuatu topik itu
akan menonjol apabila kita berbicara.
Serlahkan keghairahan kita dalam
percakapan kita. Ini sering kali
menjadi mudah apabila kita bercakap
mengenai sesuatu yang kita cinta.
Oleh sebab itu juga, dalam
perniagaan, pastikan perniagaan
yang kita dalami adalah sesuatu
yang menarik minat kita. Apabila kita
berbicara dengan penuh ghairah dan
bersungguh-sungguh, pastinya ia
akan berjaya menarik hati mereka
yang mendengar berbanding dengan
sekiranya kita hanya bercakap ala
kadar dan tidak menunjukkan riak
wajah yang ceria dan
mempesonakan.

Rahsia #2: Beri Inspirasi
Beri inspirasi kepada audiens anda.
Inspirasi akan menyentuh emosi.
Emosi adalah apa yang akan
menghubungkan antara anda dan
pendengar pada tahap yang lebih
mendalam. Percakapan seringkali
akan menyentuh logik manusia.
Tetapi, inspirasi akan menyentuh
emosi manusia.

Kebanyakan daripada kelakuan
manusia adalah berdasarkan emosi.
Oleh itu, dengan menyentuh emosi
melalui inspirasi, anda akan berjaya
mendapat respons yang positif
daripada audiens.
Sebagai contoh, sekiranya menyebut
“Jimmy berjaya mendapat keputusan
cemerlang dalam peperiksaan”, ia
hanya menyentuh logik. Tetapi,
sekiranya disertakan sedikit inspirasi
seperti “Jimmy berjaya mendapat
keputusan cemerlang walaupun
dirinya seorang OKU yang tidak dapat
melihat sejak berumur 10 tahun
akibat kemalangan”, sudah tentunya
memberi impak yang lebih tinggi oleh
kerana disertakan sumber inspirasi.
Dalam berkomunikasi, cuba selitkan
elemen-elemen inspirasi untuk
menyentuh emosi pendengar anda.

Rahsia #3: Jelas & pendek
Bercakap dengan jelas. Gunakan
perkataan-perkataan yang mudah
difahami. Fahami bahawa apabila
kita berkomunikasi, kita sering
berhadapan dengan mereka yang
pelbagai latar belakang. Tidak semua
akan fahami apa yang kita ingin
sampaikan, oleh itu, gunakan
perkataan yang mudah untuk di
fahami. Adakalanya kita perlu
jelaskan semula supaya pendengar
benar-benar faham apa yang kita
hendak sampaikan.
Ketika memberi ceramah perniagaan
Internet, terdapat berbagai-bagai
bahasa Internet yang asing perlu
digunakan. Seringkali saya tidak
menggunakan bahasa-bahasa
teknikal oleh kerana antara audiens
mungkin ada yang tidak faham. Oleh
itu, saya perlu permudahkan apa
yang ingin disampaikan supaya
ianya jelas.
Sebagai contoh, “Untuk menjalankan
perniagaan Internet anda perlu
membayar webhosting setiap tahun”.
Digantikan dengan “Untuk
menjalankan perniagaan Internet,
anda perlu membayar sewa seperti
sewa kedai di luar sana. Sewa kedai
di Internet di bayar setahun sekali
dan dikenali sebagai web hosting”.
Mudah kan?

Dalam berkomunikasi juga,
ringkaskan apa yang hendak
dikatakan. Padatkan nya. Jangan
berikan sehingga 10 perkara apabila
berkomunikasi. Berikan 3 sahaja
mencukupi. Asalkan apa yang
disampaikan dapat diterima
pendengar. Apa gunanya bercakap
sehingga 1 jam sekiranya apa yang
kita boleh sampaikan dapat difahami
dalam masa 20 minit?

Contoh terbaik ialah Steve Jobs.
Beliau bukan sahaja pakar dalam
bidang perniagaan, tetapi juga pakar
dalam bidang komunikasi. Setiap kali
pelancaran produk Apple, Steve Jobs
akan turun padang dan memberi
persembahan/ceramah ringkas
mengenai produk terbarunya.
Steve Jobs sering mendapat pujian
dari segi komunikasi nya yang amat
mudah dan boleh mencapai pelbagai
usia dan latar belakang. Dalam
perniagaan, komunikasi adalah amat
penting, hinggakan kejayaan sesuatu
perniagaan bergantung kepada
komunikasi yang efektif.
Tapi bagaimana pula dengan
komunikasi bukan lisan?
Di Malaysia, bersalam merupakan
komunikasi bukan lisan yang agak
biasa dilihat. Namun berlainan pula
di Jepun, menundukkan kepala
merupakan tanda perkenalan dan
hormat. Sesetengah negara lain
seperti Perancis, ciuman menjadi
lumrah manakala sesetengah negara
contohnya di negara Timur Tengah,
bersalam di antara mereka yang
berlainan jantina merupakan satu
kesalahan. Walau bagaimanapun,
bersalam atau berjabat tangan
merupakan salah satu cara
perkenalan yang diterima pakai, oleh
sebahagian besar negara di dunia
terutamanya dalam arena
perniagaan.
Komunikasi ini harus dilakukan
dalam beberapa keadaan tertentu
seperti:

Ketika bertemu seseorang dan
ketika anda mengucapkan
selamat tinggal.
Ketika bertemu orang untuk
pertama kalinya.
Ketika seseorang memasuki
rumah atau datang ke pejabat
anda.

Ketika bertemu dengan tuan
rumah dan ketika diperkenalkan
kepada tetamu yang lain.
Ketika anda bertemu seseorang
yang anda sudah kenali sama
ada di rumah atau di luar rumah.
Ketika mengakhiri sesuatu acara
atau meninggalkan acara sosial.
Bersalam merupakan komunikasi
‘non-verbal’ yang banyak
menceritakan sesuatu tentang
seseorang seperti:

Adakah seseorang itu bersikap
terbuka, yakin, ramah, tidak boleh
dipercayai dan sebagainya.
Bagaimana untuk mengetahuinya?

#1 – Genggaman Terlalu Kuat
Mudah sahaja, sekiranya seseorang
bersalaman dengan anda dengan
genggaman yang terlalu kuat, ia
menyatakan seseorang itu suka
mendominasi atau menguasai, agak
ego dan kurang dipercayai.
Dia sentiasa ingin menang dalam
banyak hal. Berhati-hati jika anda
memiliki rakan niaga sebegini. Anda
perlu tegas untuk menyuarakan
pandangan anda terhadap sesuatu
keputusan supaya anda tidak
dikuasai olehnya.

#2 – Genggaman yang Lemah
Manakala, genggaman tangan yang
lemah pula menyatakan
ketidakyakinan diri, tidak berminat,
sambil lewa dan tidak mesra. Anda
harus belajar untuk berjabat tangan
dengan kemas dan kukuh.
Kerana genggaman tangan yang
lemah boleh menjejaskan imej
keyakinan diri yang anda ingin
tonjolkan di mata klien anda.

#3 – Genggaman Ganjil
Berhati-hati juga dengan genggaman
tangan yang ‘ganjil’. Beliau mungkin
mempunyai agenda tersendiri.

#4 – Genggaman Kukuh
Manakala genggaman tangan yang
kukuh, tidak terlalu kuat dan tidak
terlalu lemah disertai dengan raut
wajah yang menunjukkan minat,
berbicara dengan memandang muka
anda mencerminkan seorang yang
mempunyai keyakinan diri, berani
dan menghormati orang lain. Inilah
genggaman yang paling bagus dan
mereka yang bersalam dengan cara
ini mempunyai personaliti yang
mengagumkan.

No comments:

Post a Comment