Saturday 21 June 2014

CARA TINGKATKAN PRESTASI PELAJARAN

Jangan cepat berputus asa, orang yang berjaya tidak
semestinya mempunyai otak geliga, jadi apa yang perlu
untuk mencapai kecemerlangan ialah;

Mesti ada keazaman yang kukuh iaitu sikap dahagakan
ilmu dan sentiasa mengidamkan kecemerlangan ialah:

• Mesti ada keazaman yang kukuh iaitu sikap dahagakan
ilmu dan sentiasa mengidamkan kecemerlangan. Azam
mestilah sentiasa membara dan disemarakkan hingga ke
akhir hayat sehingga kejayaan benar-benar menjadi
kenyataan.

• Perlu berusaha keras namun sistematik. Bagi mencapai
kecemerlangan, mesti dimulakan dengan usaha
berterusan iaitu dengan membuka perancangan teratur.
Pembahagian masa yang baik dan tenaga mencukupi
diperlukan untuk menjalani usaha itu.

• Mengetahui dan mempraktikkan ‘study smart’. Ramai
pelajar menyangkakan kejayaan hanya tercapai jika kita
‘study hard’ namun sebenarnya di samping belajar
bersungguh-sungguh, kita mesti mempunyai
perancangan secara berkesan. Maksudnya dengan
mendapat hasil maksimun menggunakan masa serta
tenaga minimun. Anda tidak boleh belajar secara
membuta tuli. Buat perancangan supaya apa yang
dipelajari mudah difahami.

• Disiplinkan diri juga penting dalam menghadapi cabaran
dan rintangan iaitu dari segi pengurusan masa dan
menahan diri daripada perkara melalaikan.

• Kemantapan jiwa, mental dan fizikal iaitu:

a) Cintakan kejayaan dan kecemerlangan
b) Cinta ilmu dan peningkatan
c) Cinta persaingan dan kemenangan
d) Cinta masa dan bijak menguruskannya
e) Cinta usaha dan kegigihan
f) Cinta Tuhan, diri, keluarga dan bangsa.
Otak yang cerdas datangnya dari badan yang cergas dan
jiwa yang tenang

• Tidak mudah putus asa. Pelajar cemerlang ibarat
seorang jaguh sukan yang sentiasa menang dalam
pertandingan disertainya dan tidak pernah merungut
kepenatan atau keletihan. Justeru, seseorang pemenang
tidak mudah putus asa dan berpuas hati dengan
pencapaian sederhana.

No comments:

Post a Comment