Friday 13 March 2015

Perjuangan Harus Diteruskan

MOTIVASI DIRI

Kata-kata Hikmah Motivasi Diri:

Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik
menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling
baik. (Larry Bielat)

Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting
walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah
fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. (Dr.
Shukri Abdullah)

Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan
dengan diri anda. (Ron Jenson)

Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu
cepat mengaku kalah dan mudah putus asa. (Lewis
Timberlane)

Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak
boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-
apa. (George Bernard Shaw)

Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan
fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental. (Dr. Shukri
Abdullah)

Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya
hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari
bawah. (Dr. Shukri Abdullah)

Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang
anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada
alasan di dalam kamus pemburu kejayaan. (Henry
Truman)

Secara semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu
menjadikan mereka cukup berbeza. (Bidalan Cina)

Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda
akan menghabiskan hidup anda. (Dr. Shukri Abdullah)

RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula
punca segala kegagalan. (Dr. Shukri Abdullah)

Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba
lagi) HARDER (lebih kuat). (J.P Ghetty – Billionaire)

Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi
menyelesikannya adalah lebih hebat! (H.W Longfellow)

Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi
mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh. (Dr. Shukri
Abdullah)

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka
menerima dan meminta nasihat. (Saidina Umar Al-
Khattab)

Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa
mendukung orang lumpuh yang dapat melihat. (Arthur
Schopenauer)

Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya
hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur
hidup. (Ibnu Yusuf)

Tidak ada manusia yang dengan sendirinya menjadi
cerdik. (Dr. Shukri Abdullah)

Meminta maaf jangan membuat diri kita menjadi hina.
Memberi maaf jangan membuat kita merasa bangga. Tapi
saling memaafkan itulah yang mulia (Silvana)

Jika lidah selalu basah dengan dzikrullah, jika pikiran
selalu tertuju pada keinginan untuk mendapat Redha
Allah, maka bersiaplah untuk manisnya iman dan
nikmatnya ibadah (Rudi)
Sebaik-baik manusia adalah orang yang jika dilihat maka
dapat mengingatkan kepada Allah (Zahwa)
Sebaik-baik manusia adalah yang sedikit bicara banyak
berbuat kebaikan. Seburuk-buruk manusia adalah yang
banyak bicara namun sedikit berbuat kebaikan (Azis)
Kita harus menyedari bahwa yang berhak atas diri
kita hanyalah Allah swt. Sang Khalik. Jadi tidak ada
alasan bagi kita untuk tidak bersyukur dengan apa yang
diberikannya, apapun itu (Asih)
Bahaya kepandaian adalah berbuat sekehendak hati.
Bahaya keberanian adalah melampaui batas. Bahaya
toleransi adalah menyebut-nyebut kebaikannya. Bahaya
kecantikan adalah sombong. Bahaya ucapan adalah
dusta. Bahaya ilmu adalah lupa. Bahaya pemurah adalah
berlebih-lebihan (Tengku Abdul Wahab)

Teman yang benar bukanlah teman yang selalu
membenarkan perkataanmu, akan tetapi teman yang
benar adalah teman yang selalu berkata benar kepadamu
(Salman)

Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan
bertumpang tindih menghimpit Anda, ucapkanlah “Laa
Ilaah Illallaah” (Maidi)
Hasan Al-Basri berkata : “Aku tahu rezekiku tidak
dimakan orang lain, keranaNya hatiku tenang. Aku tahu
amalan-amalanku tidak mungkin dilakukan orang lain,
maka aku sibukkan diriku dengan beramal. Aku tahu
Allah selalu melihatku,keranaNya aku malu bila Allah
mendapatiku melakukan maksiat. Aku tahu kematian
menantiku, maka aku persiapkan bekal untuk berjumpa
dengan Robb-Ku”
Empat hal yang dipandang sebagai ibu : Ibu dari segala
ubat adalah sedikit makan. Ibu dari segala adab adalah
sedikit bicara. Ibu dari segala ibadah adalah takut dosa.
Ibu dari segala cita-cita adalah sabar. (Key)
Kelalaian itu merupakan keburukan dan dzikrullah
merupakan kemenangan. Tidak ada kebaikan dalam
hidup tanpa persaudaraan kerana Allah. Kadang
seseorang bisa lupa kerana harta yang dia lihat atau
emas yang dia beli tetapi ia tidak akan melupakan
seseorang yang dia cintai kerana Allah (Jun)
Semakin bertambah keilmuan dan kekayaan seseorang,
akan makin besar pula amanah yang dibeban olehnya.
Tirulah padi, semakin berisi semakin menunduk
(Abdullah Ibn Adam)
Kebenaran tidak diukur dengan banyaknya orang yang
mau melakukannya, namun kebenaran adalah apa saja
yang mendasari Al-Qur’an dan As-Sunnah dengan
pemahaman salafus salih (Anisya LM)
Perbanyaklah menanam kebaikan meskipun orang yang
menerima kebaikan itu tidak membalas seperti yang kita
tanam, pasti akan ditanam hasilnya, entah sekarang atau
esok, atau mungkin jadi ladang amal di akhirat kelak
(Gilang)

Manusia yang paling lemah adalah orang yang tidak
mampu mencari teman. Namun yang lebih lemah dari itu
adalah orang yang mendapatkan banyak teman tetapi
menyia-nyiakannya. (Ali bin Abi Thalib)

Kita berdoa jika kesusahan dan memerlukan sesuatu,
mestinya kita juga berdoa dalam kegembiraan besar dan
rezeki melimpah (Khalil Gibran)

Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, hidup
di tepi jalan dan dilempari dengan batu, tapi membalas
dengan buah (Abu Bakar Sibli)

Apabila kamu tidak bisa berbuat kebaikan kepada orang
lain dengan kekayaanmu, maka berilah mereka kebaikan
dengan wajahmu yang berseri-seri, disertai akhlak yang
baik (Nabi Muhammad Saw.)

Kerana manusia cinta akan dirinya, tersembunyilah
baginya aib dirinya. Tidak kelihatan olehnya walaupun
nyata. Kecil di pandangnya walau bagaimana pun
besarnya (Jalinus At Thabib)