Lata SEDIM,
Thursday, 27 February 2014
Wednesday, 26 February 2014
Cara-cara Meningkatkan Disiplin Di Kalangan Pelajar
Masalah
kemerosotan disiplin di kalangan pelajar merupakan masalah
yang rumit. Hal ini berpunca daripada sikap sesetengah
ibu-bapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap
anak-anak mereka kerana terlalu sibuk bekerja. Akibatnya
anak-anak yang diabaikan ini menjadi liar kerana tidak
mendapat kawalan daripada ibu-bapa mereka.
Ibu-bapa
juga harus memberikan didikan agama yang secukupnya kepada
anak-anak mereka. Didikan agama ini penting kepada para
pelajar kerana mereka masih mentah dan mudah terpengaruh
dengan gejala-gejala yang tidak elok.
Guru-guru
di sekolah juga perlu mengawasi pelajar-pelajar agar mereka
tidak terpengaruh dengan gejala-gejala sosial yang tidak
elok. Ini adalah kerana guru-guru ibarat ibu-bapa kepada
pelajar-pelajar semasa mereka berada di sekolah.
Guru-guru
harus mengambil tindakan dengan mengetatkan peraturan
yang sedia ada. Mereka harus menghukum pelajar-pelajar
yang melanggar peraturan sekolah. Ini bertujuan untuk
membuatkan pelajar ini insaf dan tidak lagi melanggar
disiplin.
Media
juga memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan
disiplin para pelajar. Media boleh mengadakan iklan “kempen
masalah keserosotan disiplin pelajar” dan menerapkan nilai-nilai
murni agar pelajar tidak terlibat dalam masalah disiplin.
Ini mungkin boleh menimbulkan kesedaran di hati para pelajar.
Tuesday, 25 February 2014
7 Langkah Meningkatkan Keyakinan Diri
Artikel motivasi ini memaparkan 7 langkah utama atau cara-cara bagaimana anda dapat membina atau meningkatkan tahap keyakinan diri anda.
1. Bina Prinsip Hidup yang Mantap
Antara prinsip-prinsip hidup yang boleh anda pegang adalah:
"Saya yakin saya boleh!"
"Dapat mencapainya kerana kemahuan tahap gaban."
"Yakin kerana cemerlang persiapan!"
Prinsip-prinsip atau moto-moto tersebut kesemuanya bertujuan untuk meningkatkan semangat dan keyakinan diri anda agar anda menjadi lebih berani menghadapi cabaran-cabaran hidup dalam mencapai kejayaan. Lebih mantap prinsip atau moto hidup yang anda pegangi, lebih yakinlah anda melangsungkan kehidupan anda.
Oleh itu, binalah prinsip-prinsip hidup yang positif lagi mantap untuk menyuburkan keyakinan diri anda agar anda akan lebih berjaya dalam kehidupan anda.
2. Tetapkan Matlamat Hidup Anda
Matlamat-matlamat adalah antara sumber-sumber utama kepada pembinaan hala tuju dan peningkatan keyakinan diri seseorang. Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup adalah seolah-seolah meniti kehidupannya dalam keadaan samar yang tidak pasti akan ke mana arah dan tujuan kehidupannya.
Oleh itu, tetapkanlah matlamat hidup anda sejelas yang mungkin agar anda akan dapat meniti kehidupan anda dengan lebih baik dan teratur. Dengan mempunyai hala tuju serta matlamat hidup yang jelas anda akan menjadi lebih fokus, lebih yakin dan lebih berjaya dalam mencapai kejayaan kehidupan anda - dunia serta akhirat.
3. Bina Pelan Tindakan Mencapai Matlamat Anda
Mempunyai matlamat-matlamat yang jelas memang amat penting untuk memperteguhkan keyakinan diri. Namun, tanpa perancangan atau pelan tindakan untuk mencapai kejayaan, sesuatu matlamat hanya akan menjadi angan-angan. Dengan mempunyai pelan tindakan dan persiapan jitu iaitu memikir, merancang dan melaksanakan bagaimana dan bila setiap matlamat anda mesti dicapai, keyakinan diri anda akan menjadi lebih mantap dan ini akan membolehkan anda mencapai matlamat-matlamat yang anda telah tetapkan dengan lebih cemerlang serta mungkin lebih awal.
4. Sentiasa Tingkatkan Ilmu Pengetahuan Anda
Ilmu pengetahuan adalah antara sumber-sumber utama kepada pembangunan diri seseorang. Semakin tinggi atau semakin banyak ilmu pengetahuan yang seseorang miliki, bukan sahaja akan semakin tinggi nilai seseorang itu tetapi juga akan dengan sendirinya meningkatkan keyakinan dirinya. Jika anda mempunyai tahap imu pengetahuan yang tinggi tentang selok-belok pekerjaan anda, sudah pastilah anda akan bertambah yakin diri serta lebih kompeten melaksanakan tugas-tugas anda.
Oleh itu, dengan sentiasa meningkatkan tahap ilmu pengetahuan khususnya dalam perkara-perkara yang anda perlu ketahui atau kuasai, anda dengan sendirinya melakukan sesuatu yang mengarah kepada peningkatan keyakinan atau kemampuan diri anda. Membaca buku-buku, menghadiri kursus-kursus atau seminar-seminar, bercambah idea-idea dengan rakan-rakan serta membuat lawatan ke tempat-tempat menarik untuk meningkatkan pengetahuan tentang tempat itu adalah antara langkah-langkah cemerlang yang anda boleh lakukan untuk memperkayakan ilmu pengetahuan anda.
5. Sentiasa Tingkatkan Kemahiran-Kemahiran Anda
Kemahiran-kemahiran adalah juga antara sumber-sumber utama kepada pembangunan diri seseorang. Semakin tinggi atau banyak kemahiran yang anda miliki, semakin meningkatlah keyakinan diri anda. Seseorang yang tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi sudah pasti akan kurang malah mungkin tidak yakin atau tidak mampu melaksanakan sesuatu tugas yang dimanahkan dengan cemerlang. Tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi dalam bidang pengucapan awam misalnya adalah salah satu sebab mengapa seseorang tidak yakin berucap di hadapan audiens. Antara cara berkesan yang perlu dilakukan untuk mengatasi ketidakyakinan sebegini ialah dengan mempelajari secara serius setiap aspek pengucapan awam sehinggalah kemahiran pengucapan awam itu menjadi sebati dalam diri kita.
6. Tingkatkan Kualiti Kesihatan Diri Anda
Kesihatan diri amat mempengaruhi keyakinan diri seseorang. Jika kesihatan diri kita kurang baik, badan kita akan menjadi lemah - fikiran juga akan turut menjadi kusut. Ini akan menjejaskan keyakinan diri kita. Jika kesihatan diri kita baik, badan akan menjadi lebih cergas manakala minda kita pula menjadi lebih cerdas; kita akan menjadi lebih bermaya dan keyakinan diri akan meningkat.
Oleh itu, usaha menjaga dan memastikan tahap kesihatan diri kita agar sentiasa dalam keadaan cemerlang adalah seiring dengan usaha memantapkan keyakinan diri sendiri. Membina tabiat berfikiran positif, menjaga kualiti pemakanan, tidur secukupnya / rehat (7-9) jam sehari serta mengamalkan pergerakan fizikal / senaman setiap hari (10 minit - 2 Jam) serta mendapat rawatan yang sewajarnya dari pakar-pakar perubatan apabila diperlukan adalah antara perkara-perkara yang harus kita amalkan untuk memastikan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri kita sentiasa dalam keadaan terbaik.
7. Tingkatkan Kualiti Penampilan Diri Anda
Apa pun juga keadaan fizikal diri anda jika anda sentiasa bersyukur dan berfikiran positif serta menjaga penampilan diri dari dalaman serta luaran, anda akan tetap merasa diri anda amat bernilai. Dengan sentiasa berfikiran positif dan bersyukur, anda akan lebih menghargai dan menyayangi diri anda serta juga orang lain, di samping sentiasa beryukur kepada Allah. Dan, sudah pastilah juga anda akan lebih yakin diri jika anda dapat membina dan menampilkan imej terbaik diri anda. Menjaga dan mencemerlangkan ketrampilan diri anda bererti juga anda menjaga kesihatan, kebersihan dan kekemasan diri, menjaga kebersihan dan kekemasan tempat kerja anda, rumah anda, kenderaan anda dan sebagainya.
Kesimpulan
Keyakinan diri adalah berpaksi dalam diri anda. Anda perlu menjananya. Ia perlu disuburkan. Anda perlu yakin pada diri sendiri dahulu sebelum mendapat keyakinan orang lain terhadap diri anda. Anda mestilah menanamkan kualiti-kualiti yang hebat pada diri anda.
Ketujuh-tujuh langkah yang kita bincangkan di atas insya-Allah boleh membantu melonjakkan keyakinan diri anda. Ingatlah bahawa anda adalah peneraju kejayaan diri anda sendiri. Kalau anda fikir anda boleh, anda memang sebenarnya BOLEH! Keyakinan yang meningkat pada diri anda akan membuatkan anda lebih berkebolehan untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian dan kejayaan anda.

Wednesday, 19 February 2014
Nilai Kehidupan :)
Alkisah, ada seorang pemuda yang hidup sebatang kara. Pendidikan rendah, hidup dari bekerja sebagai buruh tani milik tuan tanah yang kaya raya. Walapun hidupnya sederhana tetapi sesungguhnya dia bisa melewati kesehariannya dengan baik.
Pada suatu ketika, si pemuda merasa jenuh dengan kehidupannya. Dia tidak mengerti, untuk apa sebenarnya hidup di dunia ini. Setiap hari bekerja di ladang orang demi sesuap nasi. Hanya sekadar melewati hari untuk menunggu kapan akan mati. Pemuda itu merasa hampa, putus asa, dan tidak memiliki arti.
"Daripada tidak tahu hidup untuk apa dan hanya menunggu mati, lebih baik aku mengakhiri saja kehidupan ini," katanya dalam hati. Disiapkannya seutas tali dan dia berniat menggantung diri di sebatang pohon.
Pohon yang dituju, saat melihat gelagat seperti itu, tiba-tiba menyela lembut. "Anak muda yang tampan dan baik hati, tolong jangan menggantung diri di dahanku yang telah berumur ini. Sayang, bila dia patah. Padahal setiap pagi ada banyak burung yang hinggap di situ, bernyanyi riang untuk menghibur siapapun yang berada di sekitar sini."
Dengan bersungut-sungut, si pemuda pergi melanjutkan memilih pohon yang lain, tidak jauh dari situ. Saat bersiap-siap, kembali terdengar suara lirih si pohon, "Hai anak muda. Kamu lihat di atas sini, ada sarang tawon yang sedang dikerjakan oleh begitu banyak lebah dengan tekun dan rajin. Jika kamu mau bunuh diri, silakan pindah ke tempat lain. Kasihanilah lebah dan manusia yang telah bekerja keras tetapi tidak dapat menikmati hasilnya."
Sekali lagi, tanpa menjawab sepatah kata pun, si pemuda berjalan mencari pohon yang lain. Kata yang didengarpun tidak jauh berbeda, "Anak muda, karena rindangnya daunku, banyak dimanfaatkan oleh manusia dan hewan untuk sekadar beristirahat atau berteduh di bawah dedaunanku. Tolong jangan mati di sini."
Setelah pohon yang ketiga kalinya, si pemuda termenung dan berpikir, "Bahkan sebatang pohonpun begitu menghargai kehidupan ini. Mereka menyayangi dirinya sendiri agar tidak patah, tidak terusik, dan tetap rindang untuk bisa melindungi alam dan bermanfaat bagi makhluk lain".
Segera timbul kesadaran baru. "Aku manusia; masih muda, kuat, dan sehat. Tidak pantas aku melenyapkan kehidupanku sendiri. Mulai sekarang, aku harus punya cita-cita dan akan bekerja dengan baik untuk bisa pula bermanfaat bagi makhluk lain".
Si pemuda pun pulang ke rumahnya dengan penuh semangat dan perasaan lega.
=================================================
Kalau kita mengisi kehidupan ini dengan menggerutu, mengeluh, dan pesimis, tentu kita menjalani hidup ini (dengan) terasa terbeban dan saat tidak mampu lagi menahan akan memungkinkan kita mengambil jalan pintas yaitu bunuh diri.
Sebaliknya, kalau kita mampu menyadari sebenarnya kehidupan ini begitu indah dan menggairahkan, tentu kita akan menghargai kehidupan ini. Kita akan mengisi kehidupan kita, setiap hari penuh dengan optimisme, penuh harapan dan cita-cita yang diperjuangkan, serta mampu bergaul dengan manusia-manusia lainnya.
Maka, jangan melayani perasaan negatif. Usir segera. Biasakan memelihara pikiran positif, sikap positif, dan tindakan positif. Dengan demikian kita akan menjalani kehidupan ini penuh dengan syukur, semangat, dan sukses luar biasa!

♡ SAYA SAYANG IBU ♡
Kasih Seorang Anak Kepada Ibunya :D
Cerita ni agak panjang.. Baca lah sehingga habis… Share jika ia membuatkan air mata anda mengalir..
"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?" Marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?" Leter ibu lagi.
Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Tiba-tiba dia melihat si ibu bergegas pergi mencari sesuatu dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu.
Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakit, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan. “Sakit bu, sakit…maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi.Bu, jangan pukul bu..sakit bu.. “
Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu, ampunkan Along bu,bukan Along yang mulakan, bukan Along bu, sakit bu..!!” Rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya.
Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.
Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah..Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang.
Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini.
Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM.
Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.
Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu.
Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka. “Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu.
Sementara Along di sebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “Eh! jangan, nanti dulu… Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!” Si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan…”Anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya” bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?” Soalnya lagi. Atih masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum.
Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo.. patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?” Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!” Terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni untuk Along pun!” Soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak.
Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas” Arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.
Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. “Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni” Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu.
Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “Laa..kau ke, apa kau buat kat sini?” tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?” soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak beli dan hadiahkan kepada mak aku” Jelas Along jujur. “Waa..bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli, aku bagi potongan harga 50%. Macam mana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!” Along meminta kepastian.
"Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!" Balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk bahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. Pada kau ada berapa ringgit sekarang ni?" soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.
Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!” pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.
Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja.
Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?” Soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah” Leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selambar seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.
"Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu" Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”" Sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.
Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya.
Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar B. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.
Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari. Justeru dia terpaksa berbohong agar ibunya tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya. Tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal. Upahnya lima belas ringgit sehari. Along rasa sangat bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membelikan jubah untuk ibu.
Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali memandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.
Seperti hari-hari yang sebelumnya, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sydah lebih 10 hari Along bekerja di situ. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah ke?” Soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?”
Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulutnya tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.
"Azam, kau ada cita-cita tak ataupun ada impian apa-apa ke?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. "Ada!" Jawab Along pendek. "Kau nak jadi apa satu masa nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku atau apa?" Along menggeleng-gelengkan kepala. "Semuanya tidak! Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.
"Ala, gurau ja la Abang Joe… Sebenarnya, saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan saya nak jadi anak yang soleh!" Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.
Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni” Ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga.
Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?” soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah-anggap tentang soalannya tadi.
Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.
Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari
rumah ke?” Soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. “Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Azam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk siMalik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu.lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, Terang Along dengan tenang.
"Kau jadi mangsa Azam. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah, aku sangat sayangkan Ibu aku!" "Azam..kau ni.." "Aku ok, lagipun aku tak mahu menyusahkan lagi ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah tu lagi" Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.
"Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, ok!" pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No problem, tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" Soal Fariz ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia” Terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!" Jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk. "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?"
“Hari ni laâ..” Balas Along.
“Ooo hari lahir ibu kau hari ni ya?”
“Bukan, minggu depan”
“Habis? Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?” Soal Fariz lagi.
“Aku rasa hari ni je yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi” Jawabnya sambil mengukir senyum.
Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motorsikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang dipandu laju cuba mengelak daripada melanggar seekor anjing yang tiba-tiba muncul di depannya. Pemandu kereta itu menekan brek dan mengelak tapi dek jalan yang licin, ia hilang kawalan. terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.
Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakainya mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya. Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu. Dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu.
Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul wanita tersebut. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu.
Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih di genggamannya itu. “Ha..ha..hadiiiiah uuuntuk iiiiiibu” Itu saja yang termampu diucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Sebaik habis mengukir senyuman bahagia itu, Along terasa kesakitannya sudah tidak tertahan lagi. Suara ibu, Angah, Alang dan Atih semakin sayup terdengar. Matanya sudah sangat berbinar. Di gagahnya menahan matanya untuk terus menatap wajah ibunya selama yang mungkin.
Along sudah kelihatan hampir tidak sedarkan diri. Si ibu begitu cemas bercampur sebak dan sedih. Kepala dan tubuh Along dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.
Along di bawa ke hospital dan disahkan sudah meninggal dunia. Siibu menangis semahu-mahunya menyesali tindakannya terhadap Along. Dia lebih menurut nafsu dan emosi. Along sudah pergi untuk selama-lamanya. Tangisan dan penyesalan tidak akan mengembalikan Along ke pangkuannya semula. Sebaik pengebumian jenazah Along, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.
Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita separuh umur itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan dia jugak cakap, ibunya iaitu mak cik sebagai seorang perempuan gila. Azam pukul Malik sebab tak sanggup mendengar Malik menghina ibu dan ayahnya”
Cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz? Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab..Azam tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa itu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.
Siibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Lidahnya kelu untuk berkata-kata lagi. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap anak derhaka.
Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ˜Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap Along selama ini. Andai Along melukakan hati ibu, Along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf Along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu dan terimalah hadiah ini dari anakmu yang banyak menyusahkanmu….UNTUKMU IBU!”
Kad itu dilipat dan dicium. Air matanya sekali lagi melunjur deras berjurai membasahi pipi. Sekali lagi siibu menangis semahu-mahunya. Segala perasaan sedih, pilu, sayang, menyesal dan marahkan diri bercampur baur di dalam dadanya. Setelah beberapa lama, siibu tenang semula. Di dalam hatinya siibu berkata “Ya Allah!! Aku mohon ampun padamu atas apa yang sahaja kesalahan aku kepada anak ini. Kau saksikanlah Ya Allah bahawa aku meredainya sebagai anak yang soleh.. Engkau tempatkanlah Along anakku ini di dalam syurgaMu yang kekal abadi!”
Mereka terus terkenangkan Along… sedangkan di depan mereka di sebalik alam nyata, berdiri ruh Along memerhatikan Ibunya dan mereka. Along hanya tersenyum melihat keluarganya yang sudah menyaksikan kebenarannya. Along berbahagia menerima kiriman doa yang sangat berharga dari Ibunya….. Ruh Along terus terbang jauh-jauh menuju kesejahteraan dan kebahagiaan yang sebenarnya di alam sana..

Saturday, 8 February 2014
TIGA FAKTOR KENAPA IBUBAPA GAGAL MENGAWAL ANAK
Ternyata sekali masalah sosial di kalangan remaja termasuk pelajar sekolah semakin membimbangkan. Mungkin perkataan “bimbang” masih jinak bunyinya. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa masalahnya menuju ke puncak krisis.
Masalah ponteng sekolah, masalah penglibatan dalam maksiat serta pelajar sekolah menengah yang masih tidak tahu bersolat adalah diantara masalah yang nyata ketara hari ini. Pergaulan bebas tanpa batasan tanpa teguran ibubapa serta, pembaziran masa semasa di sekolah dan selepas sekolah, penglibatan dalam game komputer berbayar sehingga tengah malam dan sampai ke pagi, layari laman porno, muat-turun bahan porno (bukan sahaja oleh lelaki tetapi termasuk pelajar perempuan), bazir duit dengan penggunaan telefon pintar secara tidak pintar dan lain-lain lagi.
Semua ini menimbulkan tanda soal yang besar ke atas kelansungan kemajuan negara di masa akan datang kerana ramaja hari ini bukan sahaja pemimpin masa depan, malah ibu dan bapa masa depan.Kita perlu takut kerana Imam besar Al-Ghazali telah mengingatkan kita, mahu tengok pemimpin masa depan, tengok remaja masa kini. Jika itu bertukar jadi kenyataan maka cuba bayangkan negara kita di hari muka.
Kita mungkin mempunyai di antara bangunan tertinggi di dunia, kemudahan jalan raya dan pengangkutan antara yang terbaik di kalangan negara membangun, jalinan internet yang terbaik di rantau ini, bilangan kolej dan universiti yang terbanyak dan terbesar di rantau ini dan lain-lain lagi kemegahan.
Namun kemegahan tadi tiada maknanya jika insan atau manusia yang akan mengendalikannya kemodenan negara ini antara yang termundur.
Kenapa ibubapa membiarkan anak bermasalah.
Saya berpendapat ada tiga sebab utama.
Pertama: TAKUTKAN ANAK !
Ramai juga ibubapa takut untuk mengambil tindakan tegas ke atas anak-anak mereka sebab sekian lama sebelum ini mereka memenuhi semua permintaan anak. Ia ibarat adegan dalam filem “Anakku Sazali” yang mana bapanya si Sazali bagi, bagi, bagi bermacam permintaan si anak. Maka akibatknya anak itu rosak … spoilt kid !. Si bapa takut kalau mereka tidak memberi apa-apa yang diminta, nanti anak akan memberontak, si anak tak mahu balik rumah, si anak akan ke rumah kawan, si anak akan ponteng sekolah dan pelbagai kemungkinan lagi. Ketakutan serupa inilah yang membuat si anak “naik kepala” dan mengambil pelbagai kesempatan. Inilah masalah sebelum ini semua permintaan ditunai belaka kerana “sayang”. Hari ini anak mudah kelentong mak ayah kecuali mak ayah yang prihatin.
Seorang pujangga pernah berkata kalau ibubapa langsung tidak pernah bertindak melakukan sesuatu yang membuat anak marah kepada mereka, berbuat sesuatu yang menyebabkan anak benci kepada mereka, maka rumusannya ibubapa itu tidak pernah menjadi ibubapa yang berkesan.
Kedua: IBUBAPA MALAS
Mereka pun nak berfacebook. Mereka pun nak layan drama kat TV. Sekarang ini ada pula siri “Kilauan Emas” a.k.a. “Bintang Tua” iaitu membariskan lelaki perempuan berumur 50an dan ke atas dalam pertadingan nyanyian ! Mereka pun nak sibuk bergossip dengan jiran. Mereka pun nak sibuk main game di facebook. Mereka juga nak berlepak di kedai kopi kampong. Mereka berhujjah kalau anak boleh ke sekolah sendiri buat apa nak hantar lagi kerana masa yang digunakan itu boleh buat kerja-kerja lain. Memang ada yang ikhlas dan serius nak buat kerja lain dan nak cari makan tetapi hujjah tadi lebih banyak digunakan oleh mereka sebagai alasan bukan sebagai sebab !
Rumusannya ramai ibubapa kurang bertanggungjawab. Mereka nak senang.
Sebab tu ramai cenderung beli pil kembang otak; pil cerdik minda; tonik kuat memori dan sebagainya tetapi mereka lupa mengajak anak mereka berusaha. Selalu saya nyatakan, “makanlah buah kismis secupak sehari pun, kalau tak belajar, kalau malas memang tidak ada apa-apa kesan”. Samalah juga ibubapa yang hanya berminat solat hajat tetapi tak pernah ajak anak berusaha ! Kan dalam Surah Al-Insyirah Allah dah ingatkan kita dua kali “nak senang, susah dahulu”. Solat Hajat amat bagus dan tindakan mulia jika disusuli dengan usaha berterusan. Ada yang bergantung ke atas tuisyen. Pergilah tuisyen tiap-tiap hari pun, kalau di sekolah banyak bermain, kalau balik rumah asyik menghadap komputer dan TV, maka tusiyen itu pasti tidak berkesan kerana ke tuisyen bukan untuk belajar, tetapi untuk tujuan lain termasuklah mendapat lesen keluar rumah selepas balik sekolah.
Ibubapa malas dan melahirkan anak yang malas.
Ketiga: TAK AMBIL PEDULI LANGSUNG
Ramai juga ibubapa dalam kategori ini, iaitu “pandai buat anak tetapi tak pandai membesarkan anak”. Pada mereka asal anak ke sekolah maka tanggungjawab mereka selesai. Kalau anak mundur dalam pelajaran hujjah mereka mudah sahaja “kami dulu … pun bodoh macam tu juga. Apa boleh buat” ! Ada pula yang menyalahkan guru, menyalahkan Guru Besar atau Pengetua dan sebagainya. Langsung mereka tidak pernah menyalahkan diri sendiri. Mereka kurang prihatin dengan kemajuan anak. Mereka tidak ambil kisah prestasi pelajaran anak.
Itulah pada saya antara tiga faktor yang menyumbang ke arah kemunduran pelajar dan remaja di negara ini. Sila bagi pandangan balas untuk kita sama-sama bicarakan. Tidak kisah sama ada pandangan anda bersetuju atau tidak dengan pandangan di sini. Yang penting kita berhujah secara ikhlas dan tertib.
Saya hanya buat kupasan kenapa timbulkannya masalah. Cara menangani masalah ini tidak saya sentuh dalam tulisan ini. Itu catatan di masa yang lain.
- DR SHUKRI ABDULLAH -
Thursday, 6 February 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)